Bahagian bawah lencana yang separa melengkung tumbuhnya bunga padi melambangkan perpaduan dan kemakmuran di kalangan pelajar yang berbilang kaum.
Sementara di bahagian atas lencana dituliskan slogan sekolah 'Maju Dan Jaya'.
Pada bahagian tengah lencana terdapat bentuk perisai yang lebih kecil dikelilingi oleh perkataan Sekolah Menengah Kebangsaan Jementah. Bahagian ini dipisahkan oleh empat ruang; bermula dengan rupa 'Obor' yang melambangkan semangat kesukanan, diikutu struktur 'Atom' yang melambangkan keperihatinan mengamalkan teknologi sains melalui penyelidikan dilambangkan pada bentuk 'Microskop', diikuti dengan rupa 'Buku dan Pena' melambangkan budaya ilmu.
Penggunaan warna-warna pada lencana menggambarkan :
Merah - Berani
Kuning - Bertatasusila
Biru - Tenang
Ungu - Kekuatan & Semangat
Putih - Bersih
Hijau - Subur
Kesimpulannya reka bentuk lencana SMK Jementah menggambarkan pelajar yang menuju ke arah berilmu pengetahuan yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat setempat dan negara.