Guru Cemerlang | Pengenalan

Perkhidmatan Pelajaran di Malaysia telah melalui perubahan dalam pelbagai aspek perkhidmatan termasuk sistem saraan. Sistem saraan perkhidmatan pelajaran adalah berasaskan kepada program penambahbaikan yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor awam. Selari dengan usaha tersebut, pelbagai pakej sistem saraan dan insentif yang menarik telah diwujudkan ke arah peningkatan martabat profesion keguruan ke tahap yang ada masa kini.

Sebelum tahun 1994, sistem kenaikan pangkat dalam Perkhidmatan Pelajaran adalah berdasarkan kekosongan jawatan kenaikan pangkat. Seseorang guru yang dinaikkan pangkat akan menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan meninggalkan sepenuh masa atau sebahagian besar tugas mengajar. Dengan erti kata yang lain, moving up is moving out.

Kaedah kenaikan pangkat yang diperkenalkan selepas era berkenaan bermula dengan langkah mengemukakan memorandum kepada kabinet yang bertajuk "Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan : Cadangan Ke Arah Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pendidikan dan Menghasilkan Guru Cemerlang" pada tahun 1993. Oleh itu, pemilihan Guru Cemerlang (GC) telah menitikberatkan kualiti yang tinggi demi menjaga martabat profesionalisme kerjaya keguruan.

Pengiktirafan terhadap kecemerlangan yang ditonjolkan dalam perkhidmatan pelajaran ini dihargai setiap lapisan masyarakat. YAB Perdana menteri dalam ucapan beliau pada 16 Mei 2004 sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan telah mengumumkan peluang kenaikan oangkat yang lebih baik kepada guru yang gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah. Sehingga tahun 2006, perkhidmatan pelajaran negara telah diisi oleh enam orang Guru Cemerlang Gred Khas 'C' yang mengungguli pentas pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Kehebatan Guru Cemerlang di bilik darjah seharusnya mendapat perhatian warga pendidik bagi mencetus dan menyebarkan usaha ke arah kecemerlangan pendidikan di setiap pelosok negara dan bakal menjulang nama negara di persada antarabangsa. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Y. Bhg. Tan Sri Ambrin bin Buang dalam ucapan beliau pada 9 Ogos 2005 bersama Guru Cemerlang DG54 (KUP) di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands telah menyatakan Guru Cemerlang Gred Khas 'C' mesti visible, extraordinary dan memiliki towering personality. Peranan mereka tidak terbatas di peringkat sekolah sahaja. Mereka berperanan sebagai profesor dan pakar rujuk mata pelajaran di peringkat kebangsaan.



Facebook SMK Jementah Facebook Alumni SMK Jementah YouTube SMK Jementah Lokasi SMK Jementah

Hubungi Kami

Sekolah Menengah Kebangsaan Jementah
KM23, Jalan Muar, 85200 JEMENTAH,
Segamat, Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA
No. Tel : 07-947 1122 | No. Fax : 07-947 1122

© 2023-2025 SMK JEMENTAH. Hakcipta terpelihara.

Laman ini dibangun oleh Villosa Marketing And Design
(200503101990)

Laman Web FotoGrafik Malaysia Instagram FotoGrafik Malaysia YouTube FotoGrafik Malaysia YouTube MySemesta TV