- Jumlah paparan: 105
Definisi Logo SEMESTA
![]() |
StrengthUjian yang dilalui seseorang bukan menunjukkan kelemahan, sebaliknya untuk menemukan kekuatan. Tidak ada perjuangan tanpa rasa sakit, namun sakitnya sementara dan bahagia akan terasa selama-lamanya. |
![]() |
EssentialMemandang setiap inci perkara itu sebagai sangat berharga dan bernilai. Penting bagi seseorang memikirkan semua perkara itu mempunyai kemaslahatan (kebaikan) dan berupaya memilih apa-apa yang difikirkan lebih mustahak. |
![]() |
MotivatedSesuatu yang dapat memberikan dorongan, input positif, dan memberikan semangat untuk melakukan sesuatu yang telah dirancang dan ingin dicapai. Melihat realiti pada hari ini untuk seseorang cekal dan tabah meneruskan kehidupan. |
![]() |
EmpatheticKemampuan untuk memahami apa-apa yang dirasakan orang lain, melihat sesuatu dari sudut pandangan orang lain, dan juga membayangkan diri sendiri berada di posisi orang tersebut. Dengan berempati, terhasilah ketelusan dalam membuat keputusan. |
![]() |
SupportiveJaringan dan jalinan korporat yang padu akan membentuk guru berkualiti dan kemenjadian murid akan terjelma. Kolaboratif perlu dijalin antara sekolah dengan JPN, PPD, PIBG, PIBKS, institusi pengajian tinggi, ahli politik, ahli korporat, komuniti setempat dan murid-murid. |
![]() |
TeamworkMengamalkan gerak kerja bersama-sama untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan mendalami sistem pengoperasian organisasi. Sesuatu pekerjaan akan menjadi mudah dan berjaya dengan adanya kerja berpasukan. |
![]() |
AdaptableBoleh menyesuaikan diri dalam semua situasi dan mampu melakukan perubahan sikap dari negatif ke positif. Perubahan ini selari dengan perubahan usia seseorang yang menunjukkan kematangan dalam tindakan. |