Guru ganti KGSK yang dilantik adalah bertaraf sambilan dari hari ke hari dan tempoh perkhidmatan akan tamat dengan sendirinya apabila guru yang diganti kembali mengajar.
Guru ganti KGSK bukan kakitangan kerajaan serta tidak layak menerima apa jua faedah atau kemudahan kecuali elaun yang akan dibayar mengikut kadar harian dibayar atas hari-hari bekerja sahaja.
Walaupun bertaraf bukan kakitangan kerajaan, mereka adalah sentiasa tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran sebagai majikan mereka dan boleh ditamatkan perkhidmatannya pada bila-bila masa tanpa diberi sebarang alasan selepas diberi notis satu hari secara bertulis.
Sihat tubuh badan dan bagi umur yang melebihi 65 tahun mesti mendapat kebenaran khas BSM serta membuat pemeriksaan doktor.