Anugerah Tokoh Guru

ANUGERAH TOKOH GURU

"Anugerah Tokoh Guru" adalah merupakan penghargaan dan pengiktirafan Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap kewibawaan seseorang guru berdasarkan kriteria berikut :

  1. Perkhidmatan cemerlang di bilik darjah.
  2. Sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan.
  3. Penglibatan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah dan khidmat masyarakat.
  4. Kecemerlangan dalam bidang-bidang lain.

SYARAT-SYARAT PEMILIHAN CALON TOKOH GURU

  1. Calon hendaklah seorang Warganegara Malaysia yang dilahirkan di negara ini.
  2. Calon Tokoh Guru untuk peringkat kebangsaan seboleh-bolehnya hendaklah dipilih daripada tokoh-tokoh yang telah dianugerahkan gelaran Tokoh Guru Peringkat Negeri.
  3. Calon hendaklah berumur 50 tahun atau lebih, sama ada masih berkhidmat ataupun telah bersara, tidak termasuk persaraan pilihan, melainkan sebab-sebab kesihatan.
  4. Calon Tokoh Guru hendaklah sedang, atau telah berkhidmat sebagai guru, atau pengetua, atau guru besar, atau pensyarah, atau pentadbir di dalam perkhidmatan pendidikan.
  5. Kriteria pemilihan Calon Tokoh Guru hendaklah berasaskan kepada urutan keutamaan berikut :

 

  • Perkhidmatan cemerlang sebagai guru di bilik darjah.
  • Sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan.
  • Penglibatan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah dan khidmat masyarakat.
  • Kecemerlangan dalam bidang-bidang lain.
  1. Pemilihan calon Tokoh Guru boleh juga dibuat ke atas tokoh yang telah meninggal dunia.
  2. Kesatuan dan persatuan perkhidmatan perguruan boleh membuat pencalonan di peringkat negeri dan kebangsaan.



Facebook SMK Jementah Facebook Alumni SMK Jementah YouTube SMK Jementah Lokasi SMK Jementah

Hubungi Kami

Sekolah Menengah Kebangsaan Jementah
KM23, Jalan Muar, 85200 JEMENTAH,
Segamat, Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA
No. Tel : 07-947 1122 | No. Fax : 07-947 1122

© 2023-2025 SMK JEMENTAH. Hakcipta terpelihara.

Laman ini dibangun oleh Villosa Marketing And Design
(200503101990)

Laman Web FotoGrafik Malaysia Instagram FotoGrafik Malaysia YouTube FotoGrafik Malaysia YouTube MySemesta TV